Friday, July 9, 2010

ELKEN SPIRULINA

Kesihatan
merupakan rahmat hidup yang paling agung. Namun demikian, sebanyak manakah ikhtiar atau usaha yang kita laburkan setiap hari untuk mengekalkan
rahmat teragung ini?Sindrom Kemewahan
disebabkan makan lebih

(By Raihanah Abdullah)


PERNAHKAH anda mendengar mengenai Sindrom Kemewahan atau Affluent Syndrom? Sindrom itu ialah masalah yang berpunca daripada tabiat makan berlebihan dan kekurangan aktiviti......Penyakit yang dikaitkan dengan sindrom itu ialah tekanan darah tinggi, peningkatan kolesterol, diabetes, berat badan berlebihan dan sakit jantung....Kesibukan bekerja dan mengejar kesenangan kadangkala menyebabkan seseorang terlupa untuk menjaga kesihatan diri dan tidak kurang juga mengabaikan pemakanan yang seimbang sebagaimana disyorkan.
(Berita Minggu)

Makanan tidak seimbang
boleh sebabkan Kencing Manis



JOHOR BAHRU: Pengalaman pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan penyakit kencing manis dan kegemukan.
Pakar Diet, Indra Balaratnam, berkata tahap kesihatan masyarakat sangat membimbangkan terutamanya di Malaysia kerana makanannya yang mengandungi banyak lemak dan lemak.
Kebanyakan masalah yang dihadapi adalah pengalaman pemakanan tidak seimbang di rumah yang membuatkan mereka menghadapi masalah kegemukan atau kencing manis.

(Berita Harian)
Makanan Tentukan jangka hayat
(Oleh DR LATIFFAH ABDUL LATIFF)

PENUAAN memang tidak dapat dielakkan kerana ia proses semula jadi yang akan dialami oleh semua orang . Tabiaat pemakanan yang tidak sihat buk
an saja bolih mencacatkan penampila, tetapi mampu mend
atangkan pelbagai masalah kesihatan.
Selain kecergasan tubuh badan, organ paling penting mencapai penuaan sihat dan produktif ialah otak. Untuk menjamin kecergasan otak, peliharalah pemakanan dengan baik. ....organ paling penting mencapai penuaan sihat dan produktiviti ialah otak. Untuk menjamin kecergasan otak, peliharalah pemakanan dengan baik. METRO AHAD.

Pemakanan berkh
asiat
...tingkatkan pertumbuhan fizikal


Ramai ibu bapa tidak sedar bahawa amalan pemakanan berkhasiat kepada anak-anak sejak kecil lagi mampu men ingkatkan pertumbuhan fizikal serta memperbaiki keupayaan m
ental mereka. Malah amalan memberikan pemakanan seimbang yang mencukupi karbohidrat, protein, vitamin dan garaam mineral kepada anak-anak secara konsisten dapat mencegah serangan penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis ketika mereka dewasa kelak. Bagaimanapun sikap sambil lewa ibu bapa dan masyarakat amnya tentang kepentingan ini menyebabkan beberapa masalah seperti tabantutnya tumbesaran kanak-kanak dan penyakit kekurangan zat makanan masih berlaku.
Keadaan ini jelas dapat dilihat apabila 15 peratus kanak-kanak luar banda menghidapi penyakit anemia iaitu penyakit kekurangan zat besi dan 20 peratus lagi mengalami masalah pembantutan atau tumbesaran terencat. Justeru itu
pemakanan kanak-kanak adalah penting untuk setiap peringkat tumbesaran mereka akan tercapai.Utusan Malaysia

Kurang vitamin
rencat pertumbuhan kanak-kanak

By Halina Mohd Noor

KEKURANGAN vitamin dan khasiat di kalangan
kanak-kanak bukan saja merencatkan pertumbuhan fizikal malah menyebabkan tekanan mental. Kanak-kanak yang mengalami tekanan mental lazimnya menunjukkan gejala seperti hilang selera makan, penurunan berat badan, keletihan, mudah marah, sukar tidur, tidak mampu melawan jangkitan serta mengalami masalah pembalajaran.

"Pemakanan adalah salah satu faktor paling penting yang melemahkan kanak-kanak. Ia menyediakan tenaga diperlukan untuk membesar da
n membantu kanak-kanak menghadapi tekanan dari persekitarannya".

"Banyak kajian menunjukkan zat makanan tertentu dalam makanan sebenarnya mengekalkan pencapaian mental kanak-kanak di sekolah. Kanak-kanak yang makan secara seimbang dan menerima khasiat mencukupi menunjukkan pencapaian lebih baik dalam ujian kebolehan mental," BERITA HARIAN

FAKTOR UMUM PENYEBAB PEN

YAKIT DAN KEMATIAN

"Pemakanan merupakan faktor penyebab 30% daripada semua kes kanser di negara-negara Barat." Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

"75% kematian setiap tahun di Amerika
Syarikat adalah berkaitan dengan ketidakseimbangan pemakanan." Bekas Doktor Tentera Amerika Syarikat, C Everett Coop

Mengapakah pemakanan kita tidak seimbang?
Cara hidup yang sibuk pada zaman ini telah memberikan keutamaan kepada makanan lazat yang dihidangkan dengan
pantas dan mudah.

Permakanan biasa kita mungkin berciri :

TINGGI :
Lemak, Karbohidrat, Kolesterol, Gula, Kalori dan Garam.
RENDAH :
Vitamin, Mineral dan Protein Tumbuhan

Kesemua ini sentiasa menyebabkan :
  1. Kekurangan Nutrien Perlu
  2. Kecendrungan terhadap keadaan badan yang berasid

1. Kekurangan nutrien Perlu

Badan manusia memerlukan 46 jenis nutrien perlu daripada pemakanan harian. Nutrien perlu terdiri daripada vitamin, mineral dan protein (asid amino).

Nutrien Perlu :


  1. Kebanyakan tidak dapat dihasilkan oleh badan --- 100% didapati daripada sumber makanan.

  2. Dikumuhkan, hilang atau diuraikan setiap hari --- Diperlukan setiap hari

  3. Patut dimakan dalam kadar yang seimbang --- Pengambilan Nutrisi patut seimbang.

  1. Adalah saling bergantung dan mungkin tidak boleh berfungsi tanpa kehadiran mana-mana satu --- Kesemua 46 jenis nutrien perlu harus sentiasa hadir bersama pada setiap masa.

Kekurangan sejenis nutrien perlu mungkin menghadkan penyerapan nutrien lain, dan seterusnya menyebabkan pembaziran yang tidak perlu.

Contoh :

Jika lipid dan asid kolik (asid hempedu) tidak mencu

kupi, Vitamin A, D, E dan K tidak boleh diserap. Kekurangan Vitamin D juga mengakibatkan Kalsium tidak dapat diserap.

Dalam jangka panjang, ini akan menyebabkan ceraian rantaian nutrisi dalam badan.

2. Kecendrungan terhadap keadaan badan yang berasid.

Menurut pakar :

"Untuk mengekalkan kesihatan, kita patut mengamalkan pemak

anan yang seimbang dengan pengambilan 80% makanan berakali dan 20% makanan berasid."

- Dr Ragner berg dari Amerika Syarikat


"Badan kita hanya boleh sihat jika kita boleh mencapai kesimbangan dengan 80% kealkalian dan 20% keasidan."

- Dr Lynn Tan, N.D


Walau bagaimanapun, pilihan makan berakali

adalah sangat terhad. Ianya dikategorikan :


Kesemua makanan yang lain adalah berasid,
contohnya : daging, makanan laut, bijian dan pastri yang lazat serta enak.

Maka,
tabiat pemakanan masa kini
dan
tabiat pemakanan
sihat
adalah hampir
bercanggah